Sistem: Kuasa Tekanan Angin.
Deskripsi: Blaster ini menggunakan kuasa angin dari tekanan
angin yang dikumpul di tangki udara yang terdapat di dalam blaster tersebut.
Untuk menimbak peluru nerf, tangki pada blaster tersebut perlu dipam terlebih
dahulu untuk menggumpul tekanan udara di dalam tangki angin. Dengan menarik
picu, tekanan udara tersebut akan dilepaskan serta merta kepada peluru nerf dan
kemudian akan menerbangkan peluru tersebut dari laras blaster tersebut. Lebih
tinggi tekanan udara di dalam tangki udara, semakin laju peluru akan diterbangkan.
Kejauhan: Bergantung pada saiz tangki udara dan tekanan
angin yang ada didalamnya.
Ketepatan: Bagi yang tidak biasa dengan system ini, amat sukar bagi mereka untuk mengagak kekuatan timbakkan kerana ia berkait rapat dengan tekanan.
Sistem:Blaster Kuasa Spring.
Deskripsi: Blaster ini menggunakan
kuasa angin dari pergerakkan 'plunger' kehadapan apabila picu dilepaskan. Pada
biasanya, blaster yang menggunakan kuasa spring memerlukan pengguna untuk
menarik secara manual 'Priming handle' ke belakang sehingga 'plunger' tersebut memegang
'catch'. kemudian pengguna perlu menolak balik 'prime handle' tersebut kepada
posisi yang asal sebelum dapat menerbangkan peluru dari laras blaster tersebut.
Ketepatan: Penerbangan peluru nerf dari blaster kuasa spring
adalah konsistan
Kejauhan: Bergantung pada kekuatan
spring yang digunakan dan saiz plunger.
Contoh: Nerf Recon Cs-6, Alpha Trooper Cs-18 dan Nerf Longshot Cs-6.
Sistem: Blaster Kuasa Putaran Roda
Deskripsi: Blaster ini menggunakan kuasa batteri untuk memutar
roda yang terdapat
di
hadapan blaster untuk menerbangkan peluru nerf. Apabila picu ditekan, 'dart
pusher' akan menolak peluru nerf kehadapan kepada roda yang berputar dan
sentuhan peluru nerf dan roda yang berpusing akan menyebabkan pelepasan peluru
nerf dari laras blaster tersebut.
Ketepatan: Penerbangan peluru nerf dari blaster kuasa roda adalah
tidak konsistan.
Kejauhan: Tertakluk kepada putaran roda, Lebih laju pusingan tersebut lebih jauh ia dapat menerbangkan peluru
Contoh: Nerf Barricade Rev-10 dan
Nerf Rayven Cs-18.
Nerf Rayven Cs-18
Nerf Barricade Rev-10
Nerf N-Strike Elite
Nerf N-Strike Elite Rampage | |
Nerf N-Strike Elite Retaliator | Nerf N-Strike Elite Stockade |
Nerf Vortex Proton |
||
Nerf Vortex Pyragon
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan