Jawatankuasa & Peranan







Jawatan
Peranan
PENAUNG
selalunya menjadi pelindung  pada persatuan dan penjaga imej persatuan. Penaung adalah orang-orang ternama yang boleh memberisokongan agar sebuah persatuan berjalan dengan lancar.
PENASIHAT
Memberi khidmat nasihat mahupun pandangan mengenai dengan perancangan kegiatan/perjalanan/pergerakan Persatuan agar menepati objektif persatuan BRUNERF dan mempunyai elemen kesedaran sosial, integrasi kaum, nilai pengantarabangsaan dan mendokong aspirasi kerajaan dan nilai patriotisme.
PRESIDEN
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua aktiviti-aktiviti dan memainkan peranan penting untuk menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta member nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuan.
TIMBALAN PRESIDEN
Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran persatuan.
SETIAUSAHA I
Setiausaha bertanggungjawab dalam segalaurusan pentadbiran persatuan mengikut perlembagaan dan arahan-arahan ahli-ahli pentadbiran BRUNERF.
SETIAUSAHA II
Membantu Setiausaha I dalam menjalankan tugas-tugas beliau serta dan memangku jawatan Setiausaha I dalam semasa ketiadaannya.
BENDAHARI I
Bertanggungjawab dalam perjalanan pentadbiran kewangan Persatuan Nerfers Brunei.
BENDAHARI II
Membantu Bendahari I dalam menjalankan tugas-tugas beliau.
PEGAWAI STRATEGI (TACTICAL OFFIFCER)
Bertanggungjawab untuk membuat strategi dan memberikan pelbagai teknik perlawanan di setiap peraduan.
KETUA PENGADIL PERLAWANAN (CHIEF MODURATOR)
Mencatat hasil pertandingan sebagai bahan laporan pertandingan termasuk hukuman terhadap para pemain dan ofisial kumpulan serta insiden yang terjadi sebelum, selama, semasa pertaandingan.
PEGAWAI KESELAMATAN (SAFETY OFFICER)
Bertanggungjawab dan memastikan semua pemain menggunakan alat-alat perlindungan keselamatan seperti memakai pelindung mata khas, neck guard, elbow guard, seluar panjang dan memakai kasut yang sesuai.
PEGAWAI PEMERIKSA PERALATAN (WEAPON INSPECTION)
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pemeriksaan dan memastikan peralatan nerf tidak melebihi pengubahsuaian yang berlebihan dan tidak mengikut specikisi yang ditetapkan oleh persatuan.
PEGAWAI DISIPLIN (DISCIPLINE OFFICER)
Mengawal disiplin dan akhlak para Ahli BRUNERF tidak kira semasa permainan / pertandingan ataupun di luar permainan / pertandingan.
KETUA NERFERS DAERAH BELAIT
Menguruskan perjalanan pentadbiran dan semua ahli BRUNERF di Daerah Belait.
KETUA NERFERS DAERAH TUTONG
Menguruskan perjalanan pentadbiran dan semua ahli BRUNERF di Daerah Tutong.
KETUA NERFERS DAERAH TEMBURONG
Menguruskan perjalanan pentadbiran dan semua ahli BRUNERF di Daerah Temburong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan